Pes Kari Ikan Pak Leh amat mudah cara penyediaannya kerana tidak perlu menumis lagi. Hanya masukkan air dalam anggaran 300ml dan 1 pek pes 200gm. Panaskan hingga mendidih. Masukkan potongan ikan, tambah air asam dan santan jika perlu. Masukkan sayur dan tunggu hingga mendidih dan sedia untuk dihidang.