Product description
Dalam sejarah Islam, era Khulafa al-Rasyidin menjadi simbol kegemilangan dan keangungan, bukan hanya dalam aspek keagamaan tetapi juga ketenteraan dan kepimpinan. Buku ini membawa pembaca menyelami detik-detik mendebarkan ketika Empayar Rom dan Parsi, dua kuasa besar dunia pada masa itu tunduk di bawak kekuatan dan kebijaksanaan tentera Islam.
Dari zaman kebangkitan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq hingga kejatuhan Parsi di tangan Khalid al-Walid, setiap bab meneceritakan kisah keberanian, starategi dan iman yang menjulang Islam ke puncak kekuasaan. Khulafa al-Rasyidin: Penakluk Rom dan Parsi bukan sahaja sebuah rekod sejarah, tetapi juga cerminan kebijaksanaandan keteguhan jiwa paraa sahabat Nabi SAW dalam mneghadapi cabaran terbesar mereka.
Lengkap dengan analisis mendalam dan naratif yang mengasyikkan, buku ini ialah karya wajib bagi sesiapa yang ingin memahami bagaimana Islam dalam masa yang singkat berjaya menaklkuk dua empayar yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia.