TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/3
RM27.30

Talbinah Resepi Thibbun Nabawi / Tepung Barli Asli / Organik

Sold by Atsar Online
5(1)
13 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 29 - May 1

Customer reviews (1)

n**o
n**o
Item: Lalai
Bagus
December 1, 2024
Atsar Online
5 items

Product description

Talbinah Resepi Makanan Nabawi [Tepung Barlee Asli]
:: Talbinah, berasaskan barlee asli semula jadi.
:: Kandungan, 440gram/pack.
Talbinah Dalam Tinjauan Perubatan Nabi
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Talbinah berkhasiat menenangkan hati orang yang sakit, serta menghilangkan sebahagian dari kesedihan.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5417. Bab: At-Talbiinah)
Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) di dalam kitab Shahih-nya meletakkan hadis berkenaan tabinah ini di dua tempat, salah satunya di bab:
“Bab: Talbinah untuk orang yang sedang sakit.” (Shahih Al-Bukhari, 7/124)
Demikian juga dengan imam An-Nawawi rahimahullah dalam Syarah Shahih Muslim, turut meletakkan hadis ini di bab:
“Talbinah dapat menenangkan hati orang yang sedang sakit.”
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan:
“At-Talbinah adalah bubur yang diperbuat dari tepung halus (sejenis bijirin berkualiti). (Sebahagian ulama) mengatakan ia diadun (disediakan sebagai hidangan) dengan campuran madu.
Al-Imam Al-Harawi dan selainnya mengatakan, “Ia dinamakan at-Talbinah kerana ia menyerupai susu pada keputihannya (warnanya), dan kelembutannya.” Di dalam hadis terdapat anjuran membuat bubur dengannya untuk orang yang sedang bersedih dan sedang dalam sakit.” [Syarh Shahih Muslim oleh An-Nawawi, 14/202-203]
Manakala Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata dalam kitabnya, Ath-Thibbun Nabawi:
“Gizi yang terkandung dalam talbinah lebih besar berbanding dengan tepungnya. Ia merupakan penawar yang berkahsiat untuk mengubati batuk, dan radang tekak, sesuai untuk menghilangkan selesema, melancarkan buang air kecil, membersihkan saluran pemakanan, menghilangkan dahaga, dan menghilangkan rasa kepanasan.” [Ath-Thibbun Nabawi, m/s. 329]
Dari Ummul Mundziir, beliau berkata:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah datang ke rumahku bersama ‘Ali dan di sisi kami ketika itu ada beberapa tandan kurma yang tergantung. Kemudian Rasulullah pun makan, dan ‘Ali juga turut makan bersamanya. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata kepada ‘Ali:
“Mah, mah.. . wahai ‘Ali (berhenti dan keluarkan wahai ‘Ali), kerana engkau belum benar-benar sembuh (dari sakit).”
Maka ‘Ali pun duduk dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meneruskan makan. Maka aku pun membuatkan silqaa (sejenis makanan) dan barley. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:
“Wahai ‘Ali, makanlah ia kerana ianya lebih sesuai untuk engkau.” [Sunan At-Tirmidzi, 2037]
Sesuai dimakan sebagai bubur dan semisalnya.
#talbinah #herba #kesihatan #barlee #sakit #makanansunnah .
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok