Product description
Anak benih pucuk pakis / Hiasan Laman / Paku Pakis / Sayur Kampung (10 pokok Seikat) / Vegetable fern (Diplazium esculentum)
Biasa dijadikan makanan masakan kampung; masak lemak santan, masak lemak cili api, masak lemak pecel (tradisi Jawa), tumis goreng belacan, ulam kerabu, dll.
Dijual seikat mengandungi 10 batang anak pokok untuk ditanam.
# Anak pokok bersaiz kecil atau sederhana memiliki kebarangkalian yang lebih tinggi untuk hidup dan berkembang subur berbanding benih pokok yang telah dewasa yang telah memiliki banyak akar.
# Sesuai ditanam atau disemai langsung di atas tanah.
# Sesuai ditanam di atas kebanyakan jenis media tanah (sebagaimana yang pernah kami cuba); sama ada tanah jenis liat, tanah merah, tanah merah plaster, tanah liat berpasir, dan juga tanah merah dengan sedikit berbatu juga sesuai. Lain² jenis tanah kami belum pernah cuba.
# Untuk urusan penanaman, sebaiknya daun² dipotong atau ditrim bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk yg baru dan segar.
# Sesuai ditanam/disemai di tempat yg agak teduh; memadai menerima cahaya matahari pagi atau petang sahaja. Elakkan cahaya matahari terik (khasnya waktu tengah hari; antara jam 1130am-3pm) kerana pokok mudah melecur dan rosak.
# Ketika awal penanaman, pastikan disiram sekali waktu pagi dan sekali waktu petang bagi memastikan tanah tidak kering dan kelembapan media tanah sentiasa terjaga.
# Sangat sesuai ditanam ketika musim hujan, insyaAllah lebih mudah dan lebih cepat bercambah serta hidup subur merimbun, berbanding ketika musim panas.
# Pokok pucuk pakis akan mudah membiak apabila telah mencapai umur dewasa dan matang dengan penyebaran spora ke persekitarannya.
*** Pemprosesan pesanan biasanya mengambil masa antara 1 hingga 2 hari bergantung keadaan cuaca kebun.
Semoga berjaya dan menuai hasil yg lumayan.