Cinta itu adakalanya menandakan pertemuan - berada dalam hati, utuh dalam memori - tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati.
Segalanya seakan-akan sempurna apabila Delaila dan Ali Syukri disatukan atas dasar cinta.
Tetapi benarlah kata orang, kahwin pada usia muda itu banyak cabarannya. Bahtera rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga dan Delaila membawa diri ke New York.
Dua belas tahun kemudian, pertemuan di New York telah membuka semula kisah mereka. Pertemuan itu seakan memberi petunjuk kepada hala tuju kisah cinta Delalla dan Ali Syukri. Di situ, Delaila melihat sebuah kebahagiaan.
Namun, masa berubah, dunia berputar. Masihkah Ali Syukri insan yang serupa? Tanya pada diri, apakah kita mahu berpegang pada kenangan, atau mahu terus melangkah ke hadapan?