Product description
SANCora® WEATHER@Guard Advance adalah cat berkualiti premium yang berasaskan emulsi akrilik. Ia dirumus khas dengan daya tahan cuaca yang baik dan mempunyai ketahanan terhadap kulat dan alga. SANCora® WEATHER@Guard Advance merupakan kemasan untuk dinding luaran dengan daya tahan alkali, lekatan dan ketahanan yang baik. Ia diformulasi untuk memberi perlindungan terhadap pertumbuhan kulat dan alga sekurang-kurangnya selama 6 tahun jika diaplikasikan dengan cara yang betul.
Penggunaan Digunakan untuk perhiasan dan perlindungan permukaan yang pernah dicat atau dinding luaran yang baru untuk kemasan estetik yang tahan lama.
Saiz Pembungkusan 1 liter, 5 liter dan 15 liter
Komposisi Pigmen : Organik & Inorganik
Binder : Emulsi Polimer Akrilik
Data Teknikal Tekstur : Kemasan Licin Matt
Warna : Rujuk kepada kad warna Weather@Guard Advance
Liputan Teori : Anggaran 13 - 15m2
/liter (Bergantung pada kelicinan permukaan)
Satu lapisan dengan ketebalan standard (28ºC, 50% RH)
Kering Disentuh ≤ 45 minit
Aplikasi Berus/Penggelek :
Pencairan tidak diperlukan untuk kegunaan biasa. Untuk membantu aplikasi, cat boleh
dicairkan dengan air sebanyak 5%.
Konvensional : Cairkan dengan air sebanyak 5 - 15% mengikut isipadu dan ubah mengikut keperluan.
Pencairan tidak diperlukan. Untuk membantu aplikasi, boleh dicairkan dengan air
sehingga 5 - 15% mengikut isipadu.
Permukaan mesti licin, bersih, kering dan bebas daripada sebarang kekotoran, minyak
atau wax. Untuk pengecatan lebih baik, gosok permukaan dengan kertas kasar yang
sesuai. Untuk hasil terbaik, gunakan satu lapisan penampal dinding SANCora®
BLOCK@Guard (sila rujuk Panduan Mengecat).
Tanggalkan semua cat yang menggelupas, baki berserbuk dan bendasing. Kerosakan
permukaan yang ringan haruslah dibaiki dengan menggunakan filler yang sesuai.
Jangka Hayat 2 tahun pada suhu ambien dalam bekas tertentu.