About this product
Jenis PancingFishing Lure
Jenis Kelengkapan SukanUmpan
Kuantiti setiap Pek1
Rantau AsalMalaysia
Product description
** Harga yang tertera ialah untuk 1pcs. **
Huzairy Works Inline Spinner atau lebih dikenali sebagai Huzairy Works SPINNA, datang dalam lima(5) saiz iaitu 4g, 5g, 6g, 8g dan 11g. Badan SPINNA yang menjadi pemberat diperbuat dari 'solid brass', dan akan mengeluarkan bunyi yang menarik apabila terkena putaran bilah 'spinner blade' custom keluaran Huzairy Works.
Berkenaan Huzairy Works Spinna
Spinner blade custom Huzairy Works mempunyai tiga(3) warna iaitu Gold, Silver @ Chrome dan Copper. Spinner blade ini akan mengeluarkan silau / flashing ketika berpusing, dan juga getaran / vibration di dalam air.
Elemen silau, getaran, dan bunyi, yang terdapat pada Huzairy Works SPINNA inilah yang akan menarik perhatian ikan untuk menyambar gewang.
Huzairy Works SPINNA dilengkapi dengan mata kail dari jenis 'single hook' yang dipadankan dengan 'split ring' berkualiti tinggi dari jenis 'pressed'.
Huzairy Works SPINNA adalah umpan tiruan yang berprestasi tinggi, dan sangat efektif untuk digunakan di kawasan jeram dan sungai air tawar.
Sasaran spesis untuk Huzairy Works SPINNA adalah ikan-ikan di kawasan jeram seperti TENGAS, SEBARAU, KELAH, SIKANG, SELUANG, LAMPAM, dan lain-lain. Selain itu, Huzairy Works SPINNA boleh juga digunakan untuk memancing HARUAN dan PEACOCK BASS.
Khas untuk ikan bersaiz kecil. Sesuai digunakan di jeram yang airnya cetek dan tidak terlalu deras arusnya.
Saiz Hook: Single Hook saiz 8 (Spoon Type)
Setup yang sesuai: Ultralight & BFS
Khas untuk ikan bersaiz kecil dan sederhana. Sesuai digunakan di jeram yang airnya dalam sehingga paras pinggang dengan arus yang sederhana deras.
Saiz Hook: Single Hook saiz 6 (Lure Type)
Setup yang sesuai: Ultralight, Light & BFS
Khas untuk ikan bersaiz kecil dan sederhana. Sesuai digunakan di jeram yang airnya dalam sehingga paras pinggang dengan arus yang sederhana deras.
Saiz Hook: Single Hook saiz 6 (Lure Type)
Setup yang sesuai: Ultralight, Light & BFS
Khas untuk ikan bersaiz sederhana dan besar. Sesuai digunakan di jeram yang airnya dalam dengan arus deras atau sederhana deras.
Saiz Hook: Single Hook saiz 2 (Lure Type)
Setup yang sesuai: Ultralight & Light
Khas untuk ikan bersaiz besar. Sesuai digunakan di jeram yang airnya dalam dengan arus deras.
Saiz Hook: Single Hook saiz 2 (Lure Type)
Setup yang sesuai: Light & Medium Light
Gold - Warna paling laris. Sesuai digunakan pada semua keadaan air (jernih, keruh, gelap) dan cuaca (panas, mendung, hujan).
Silver @ Chrome - Warna yang paling berkilat di dalam air. Sesuai untuk semua keadaan air terutamanya ketika air keruh. Efektif ketika cuaca mendung (matahari tidak timbul).
Copper - Warna paling selamat, kombinasi antara warna Gold dan Chrome. Sesuai untuk semua keadaan air kecuali air keruh. Menyerlah ketika cuaca panas.
Nota: Kebiasaannya, pemilihan warna blade bergantung pada lokasi, cuaca, keadaan air, dan mood ikan itu sendiri. Cara yang paling selamat sekiranya susah untuk mendapat strike, cuba tukar ke warna lain untuk kepastian.
Untuk penggunaan, hanya perlu buat karauan seperti biasa sahaja. Karauan laju untuk spesis ikan yang suka menyambar seperti Sebarau, dan karauan sederhana dan sederhana laju untuk spesis seperti Tengas, Kelah dan lain-lain.
Huzairy Works SPINNA direka khas untuk kegunaan AIR TAWAR sahaja. Untuk memastikan inline spinner ini bertahan lama, basuh dah keringkan setiap kali balik dari trip.
Untuk makluman, Huzairy Works SPINNA dibuat secara 'custom handmade', dan bukannya dibeli dari tempat lain dan dijual semula.
## Berkenaan Huzairy Works ##
Huzairy Works atau Huzairy Works Sportfishing adalah sebuah jenama tempatan yang telah dibangunkan sejak tahun 2017.
Huzairy Works Sportfishing
Terima kasih kerana menyokong produk buatan tempatan.