Product description
**HARGA YANG TERTERA ADALAH UNTUK 1 PCS**
Huzairy Works Kilait ialah gewang dari jenis sesudu @ spoon. Gewang @ Spoon ini sesuai digunakan untuk menjerat spesis pemangsa di air tawar dan air masin.
Bahan utama spoon ini diperbuat dari Brass. Spoon ini datang dengan tiga warna iaitu Emas (Gold), Krom (Chrome), dan Tembaga (Copper). Spit ring berkualiti tinggi bersaiz 3.5mm dari jenis pressed dipadankan dengan mata kail bersaiz 8 khas untuk spoon. Split ring dan mata kail ini turut digunakan pada Huzairy Works Spinna 4g.
Jarak eyelet dengan hujung spoon ini sangat minima, jadi proses menukar split ring sangat mudah dan tidak merosakkan split ring.
Aksi spoon ini ketika dikarau ialah bergelek ke kiri dan kanan, dan tidak berpusing-pusing.
Spesis sasaran untuk spoon ini ialah Sebarau, Tengas, Kelah, Nyenyuar, Lampam, Sikang, Bulan, Tilapia, Haruan, dan lain-lain.
Spoon ini sesuai digunakan pada air tawar dan air masin. Untuk memastikan spoon ini bertahan lama, basuh dan keringkan setiap kali pulang dari memancing.
Warna pilihan: Gold, Chrome & Copper
Saiz mata kail: 8 (Spoon type)
Ketahanan: Saltwater & Freshwater approve
Warna pilihan: Gold, Chrome & Copper
Saiz mata kail: 1 (Spoon type HEAVY DUTY)
Ketahanan: Saltwater & Freshwater approve
Terima kasih kerana menyokong produk tempatan!