Tips ringkas :
Tanam terung dalam pasu/polybeg atau atas tanah.
LANGKAH 1 : Dapat kan Benih
Pertama sekali dapatkan benih terung. Sama ada terung sekaki unggu,Terung putih, Terung hijau,Terung jambak atauTerung unggu bulat sentul . Pilih benih kesukaan anda.
LANGKAH 2 : Media Tanaman
Guna kan media seperti di bawah.Tanah organik di beli di kedai bunga, Cocopeat/sabut kelapa,Topsoil(permukaan tanah organik yang di ambil di hutan), Peat-moss atau lumut gambut yang dijual di kedai atau tanah kebun yang dicampurkan dengan kompos
LANGKAH 3 : Semaian.
Langkah seterusnya ialah dengan menyemai benih.
Teknik yang paling popolur untuk semai terung kecilan di laman rumah. Ialah semai menggunakan cawan minum plastik yg di tebuk bahagiam bawah. Masuk kan media tanaman dalam cawan.
Buat lubang dengan jari anggaran 1/2 inc dan masukkan 2 hingga 3 benih dalam cawan tadi. Timbus lubang dengan tanah ditepinya lalu siram dengan air yang banyak.
Letakkan di tempat yang redup pastikan media senantiasa lembab hinggalah benih terung bercambah.
Anda juga boleh menggunakan bekas-bekas terbuang sebagai semaian seperti pasu, kontena ais krim, tupperware terbuang, cup aiskrim dan bekas yang sesuai.
LANGKAH 4 : Mengubah anak benih ke pasu
Selepas 2 minggu atau 3 minggu, benih terung anda sudah boleh dialihkan ke pasu.
Siram anak benih pokok terung terlebih dahulu untuk mudah mengeluarkan pokok dan tanah dari cawan plastik minuman.
Pindahkan keseluruhan tanah bersama pokok tadi terus ke pasu. Buat lubang sedalam 2 hingga 3 inci dalam. Masuk kan anak pokok.
Siram air ke pasu. Alih kan pasu letak di tempat redup. Pastikan guna pasu besar.
Padatkan tanah disekeliling anak pokok agar anak benih pokok terung anda tidak tumbang jika dilakukan penyiraman.
Selepas 1minggu. Alih pasu ketempat menghadap cahaya matahari terus.
LANGKAH 5 : Pembajaan
Pembajaan boleh dilakukan selepas 2 minggu anak pokok dialihkan di atas batas. Tabur baja di setiap pokok terung dengan anggaran 3 sudu besar( baja organik) atau baja subur 1 sudu.
Buang rumput pada bahagian dalam pasu dan sekitarnya. Tambah sungkupan atau mulsa (mulch) di atas untuk kelembapan tanah dan mengurangkan rumput rumpai tumbuh dalam pasu anda.
Antara sungkulan yang boleh anda lakukan ialah cocopeat, daun kering, rumput kering, jerami, dan lalang kering.
LANGKAH 6 : Tuai Hasil
Buah terung sudah boleh dituai selepas 1 bulan setengah hingga 2 bulan. Petik buah terung yang matang dengan melihat kulit buahnya yang berkilat.