Tip tanam untuk semua jenis Jagung
1. Saiz PASU /BEKAS / POLYBEG
Pasu mesti lah bersaiz besar sekurang kurangnya 12inchi dan ke atas. Polybeg 40x 40 cm.Untuk pasu/polybeg saiz ini boleh di tanam 1 - 3 pokok.
2. Jenis jagung
Terdapat banyak jenis jagung. Kebiasaanya, jenis yang banyak terdapat di Malaysia sesuai di tanam di dalam pasu kerana pokok yang tidak terlalu tinggi.
Jenis atau baka jagung yang sesuai ditanam di dalam pasu hanya mempunyai ketinggisn 4-5 kaki (1 meter). Lebih dari itu, bukan tak boleh di tanam di dalam pasu. cuma pokok mudah tumbang apabila ditiup angin.
3. Semai
Untuk memudahkan semaian, rendam benih di dalam air untuk tempoh 1jam sebelum di semai.Melembutkan kulit luar benih dan mengaktifkan benih supaya mudah bercambah. Semaian boleh dilakukan terus di dalam pasu kekal atau bekas semaian. Untuk semai terus dalam pasu buat lubang sedalam 1 inchi. Letak benih dalam lubang dan tutup. Siram.
4. Pencahayaan
Jagung memerlukan pencahayaan terus sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari.
Sebaiknya, letakkan pasu jagung anda menghadap matahari pagi untuk membekalkan keperluan nutrisi untuk pertumbuhan yang rancak.
5. Medium
Jagung memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap dan tidak mudah kering. Ia penting bagi memastikan batang pokok sentiasa padat. Gunakan tanak organik. Kaya dengan tinja haiwan atau bahan2 organik.
6. Siraman
Siraman untuk anak pokok jagung perlu dilakukan setiap hari. Namun apabila pokok dewasa, pastikan siraman dilakukan secara berkala dan tidak bertakung air. Jagung memerlukan air siraman yang cukup untuk membentuk jagung yang sedap dan manis.
7. Pembajaan
Pastikan tanah yang di semai benih kaya denan bahan organik dan subur. Lakukan.pembajaan asas sebelum menyemai benih dengan menabur baja subur/baja organik. Seterusnya pembajaan peringkat pokok matang boleh dilakukan apabila usia 25hari @ 1bulan. Gali lubang 2 cm di sekitar tanaman dan tanamkan 1/2 sudu baja subur. Satu pokok satu lubang baja. Seterusnya baja lagi bila berusia 2bulan.
8. Tuai
Apabila jagung mencapai usia 2bulan - 3bulan , ia adalah masa yag sesuai untuk menuai bergantung kepada jenis. Sebaiknya, cukup tempoh 2bulan , periksa jagung sudah matang atau belum.
Boleh melihat rerambut buah jagung sudah kering dan hitam tandanya jagung sudah matang.