Dalam masa yang sama, merawat fizikal sahaja tidak cukup kerana ujian sakit itu boleh melemahkan rohani, bahkan itu lebih sukar untuk dirawat. Hakikat datangnya sebuah penyakit itu sendiri adalah untuk mendekatkan kita dengan Allah. Kisah kita sama, berjumpa dengan ramai manusia, menghadap perangai mereka, menahan sabar kena marah, dan sebagainya. Namun, dalam setiap orang yang kita berjumpa sepanjang perjalanan hidup kita, ada sesuatu yang Allah mahu kita belajar daripadanya.