Ya, kentang bukan sebarang kentang. Kentang bukan untuk dibuat bergedel atau kentang putar. Ini kisah kentang-kentang istimewa yang menjadi pendekar.
Bophairy sememangnya sudah mengeluarkan komik-komik terdahulu iaitu siri KENTANG yang amat dikenali di peringkat sekolah. Sebelumnya telah menjadikan watak kentang sebagai adiwira. Kentang-kentang ini juga sudah menjadi penasihat kanak-kanak dalam menjaga solat, berpuasa di bulan Ramadan, bersabar, beradab dan jangan malas-malas.
Kali ini Bophairy kembali lagi dengan komik penceritaan unik tentang kentang. Kali ini khas dibuat satira mengikut gaya kisah sejarah parodi filem Mat Kilau.
Komik kanak-kanak yang mengandungi 128 mukasurat ini juga mempunyai kolum fakta dan pengajaran berharga buat kanak-kanak. Bukan hanya lawak jenaka… turut terselit ilmu silat, seni mempertahankan diri dan sejarah tentang Mat Kilau itu sendiri.