TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/1
RM40.00

READYSTOK NOVEL BADASS WIFE UNGKU JABBAR by MIA AZWARI

Sold by Liza BookStore
5(1)
9 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 21 - Apr 23

Customer reviews (1)

s**e
s**e
Item: Lalai
đź«°đź«°đź«°đź«°
June 10, 2024
Liza BookStore
70 items

Product description

BADASS WIFE UNGKU JABBAR - Mia Azwari Ungku Jabbar… Sejak bergelar anak yatim piatu, hidupnya berubah. Demi Jiyad, Jabbar sanggup korbankan segalanya. Dia perlu pastikan adik kesayangannya tidak berasa kurangnya kasih sayang tanpa dibesarkan oleh mama dan papa. Namun kemunculan seorang gadis di sisi Jiyad, buat Jabbar tak senang hati. Dia tahu gadis itu berniat jahat terhadap si adik. “Perempuan tu tak sekufu dengan kita. Dia tak layak. Kalau sekadar untuk suka-suka dan isi kekosongan masa Jiyad, along benarkan kamu berdua berkawan.”- Ungku Jabbar Itu kata muktamad Jabbar. Dia yakin dengan arahan itu Jiyad tak akan membantah. Tapi lain pula yang berlaku setelah Jiyad betul-betul tinggalkan gadis itu. Munculnya gadis itu buat hidup Jabbar menjadi huru hara. “Cukup Ungku tahu kami berdua dah terlanjur. Dan saya nak keluarga Ungku bertangggungjawab.”-Nilam Dia diminta untuk bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Demi menutup aib Jiyad, Jabbar tiada pilihan. “Sekali kau dah masuk dalam hidup aku, aku akan buat kau menyesal seumur hidup. Dan kau tak boleh pergi melainkan aku yang halau kau pergi!”- Ungku Jabbar. Bergelar suami kepada Nilam tidak semudah yang dijangka. Wanita itu kuat melawan dan sering mencabar kesabarannya. Setiap kali dia mahu mengenakan si isteri, dia pula yang terkena. “Aku nak kau tukar baju ni.”- Ungku Jabbar “Tak naklah. Saya suka baju ni. Cantik. Manalah tahu malam ni saya dapat jerung yang lebih besar dari Ungku.”-Nilam Walaupun hampir setiap hari bergaduh, hati masing-masing sudah mula terusik. Sehinggalah Jabbar hampir rebah ke bumi saat menerima kenyataan sebenar. Munculnya Jiyad kembali menambahkan masalah dalam rumah tangga mereka. “Saya akan minta along lepaskan awak. Kita kahwin.”- Ungku Jiyad “Aku tak bodoh nak lepaskan jerung besar berbanding diri kau yang tak ada apa-apa.”- Nilam Jiyad terus mendesak untuk bersama kembali. Mana mungkin dia akur sedangkan hatinya sudah berubah sejak bergelar isteri Jabbar. Saat sekali lagi dia dihidangkan dengan pengkhiantan seseorang, Nilam tak mampu lagi hidup di sisi Jabbar. “Tolong, Ungku. Saya merayu. Tolong biarkan saya pergi.”- Nilam “Baik. I izinkan you pergi dari rumah ni. Tapi itu tak bermakna I lepaskan you.”- Jabbar Apakah yang akan terjadi di antara Jabbar dan Nilam selepas mereka berjauhan?
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok