Dhia cemburukan adiknya, Hanis. Dhia selalu rasa Hanis lebih disayangi oleh ayah mereka. Tahun ini, Hanis akan masuk darjah satu. Ayah belikan beg dan kasut sekolahbaharu untuk Hanis. Dhia pula hanya memakai beg dan kasut sekolah tahun lepas. Dhia geram lihat Hanis gembira dengan barang-barang baharu itu. Dhia mesti buat sesuatu! Dhia tak nak ayah beri kasih sayang kepada Hanis sahaja.
Apakah yang akan dilakukan oleh Dhia terhada[ adiknya, Hanis? Adakah Dhia akan sentiasa mencemburui Hanis? Bagaimana pula dengan Hanis? Ikuti kisah Dhia dan Hanis serta kisah kawan-kawan yang lain dalam novel Dhia Tak Nak Kongsi!