Product description
‘Tinggalkan Kaizil. Tinggalkan London.’
‘Selepas ini awak akan lenyap tanpa khabar.’ Aart Harlan
‘Jadi, kau betul-betul tinggalkan aku. Kau mulakan semuanya di sini, di 70 East 10th Street dan lupakan semua janji kita di mana aku berada di situlah juga kau berada?’ Kaizil
Bila aku memilih untuk berdiam Kaizil melangkah menghampiriku, lebih dekat, begitu rapat sehingga haruman dari tubuhnya merebak.
Dia satu-satunya lelaki yang aku cintai dan apa yang menyedihkan dia juga sangat mencintaiku. Dulu. Sekarang perasaan itu hanya milikku sendiri. Halyn
Terusir ke New York walaupun adanya Hensen di sana, Halyn terdedah dengan ancaman dari seorang lelaki bernama Jorge. Tidak cukup dengan perpisahan, mereka menghukumnya dengan ugutan lalu membuatkan Halyn menjauhkan diri sehingga ke Barcelona, Sepanyol untuk cuba melupakan segalanya.
Bagaimanapun, ada pertemuan yang tidak disengajakan terjadi? Pertemuan yang akhirnya membawa Halyn dan Kaizil kembali ke London.
Tetapi sebagaimana New York menerimaku secara terbuka, lebih tenang, lebih senyap. Hakikatnya di London tidak begitu. Setelah beberapa bulan hidup bebas di New York, London tidak mengizinkan aku untuk bebas lagi. Sejurus berjalan berpegangan dengan Kaizil keluar dari kawasan ketibaan, awal-awal lagi aku dikejutkan dengan serbuan wartawan dan paparazi.
Benarkah kemunculan Halyn di London membuatkan kemarahan seseorang semakin memuncak? Halyn dalam bahaya. Adakah dia akan menerima nasib yang sama seperti Julia? Mampukah Kaizil menangani konflik yang memalitkan dirinya