•Isikan peatmoss ke dalam bekas semaian.
•Peatmoss hendaklah ditekan dengan jari pada kadar sederhana.
•Jangan isi terlalu padat kerana ianya akan melambatkan percambahan benih dan menyukarkan akar pokok bergerak.
•Seterusnya, letakkan benih ke dalam setiap lubang semaian yang mengandungi peatmoss.
•Benih akan tumbuh dalam masa beberapa hari bergantung kepada jenis benih yang di semai.
•Siram air jika peatmoss kering.
•Anak benih yang tumbuh boleh dipindah setelah membesar sehingga tumbuh 10 helai daun