About this product
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Bilangan Muka Surat240
ISBN/ISSN1394-0236
BahasaBahasa Melayu
PenerbitAPT Inventions Sdn Bhd
Jenis EdisiEdisi Khas
Tahun2022
Product description
ISU kali ni kita petik di era zaman tiada lagi istilah internet
pada masa itu. Serba serbi hiburan kanak-kanak dan
remaja pada zaman tu bukan pada Tiktok atau Insta. Jauh
sekali dengan PUBG, FortNite, Valorant, Minecraft atau
Roblox. Alam ria ini penuh dengan acara sosial secara
fizikal dengan aktiviti luaran. Permainan ini mendominasi
keseluruhan gaya hidup kanak-kanak serata Malaysia
yang melalui fasa usia membesar ketika itu.
Kebanyakannya akan pernah merasai permainan² ini satu
Tugasan visual dan kaler kali ini kita serahkan kepada
yohde Gayour yang mana sudah pasti juga pernah melalui
zaman² tersebut. Beliau juga dimamah usia, wakaka...
Tergurau kasar pulak yohde. Namun pujian mesti diberikan,
kerana yohde Gayour ini antara kartunis yang masih serius
aktif dan maintain dengan hasil kerjanya. Corak
persembahannya bersesuaian dengan zaman ketika itu
selaras dengan tema BUMPER NEW-STALGIA KLASIK.
* * * * * * * * * * * * * * *
PERMAINAN BOLA SEPAK KERTAS
Untuk mengembalikan rasa dan momen yang pernah kita
lalu masa kecik-kecik... Kita berikan secara PERCUMA
permainan BOLA SEPAK KERTAS dan memandangkan
vibesFIFA WORLD CUP QATAR 2022 juga tak lama lagi
akan bermula pada hujung tahun ini. Ni la permainan
kita zaman bebudak... Citer la kat anak-anak betapa
jaguhnya dan hebat abah abahnya dulu main games ni
dengan skill tekan dan merembat padu dan skill chip bola
yang cantik ke gawang gol. Kita beri pemain dan gawang
gol secara percuma... Cuma bab bola tu boleh la dibuat
sendiri... Dulu kita perenyukkan kertas je untuk dibuat
bola. Ahhh... mudah je la!!! Heh!!!