About this product
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Bilangan Muka Surat240
ISBN/ISSN1394-0236
BahasaBahasa Melayu
PenerbitAPT Inventions Sdn Bhd
Jenis EdisiEdisi Khas
Tahun2022
Product description
Salam lebaran. Untuk isu kali ini kita warnai raya kita
dengan kemeriahan Bumper New-Stalgia Raya Sakan.
Sebagai penyeri kita kepilkan kad POP-UP DIORAMA dari
Kartunis otai dan ayahanda tersohor kita iaitu Abang Mie.
Rasanya sinonim dah dengan gaya dan pengaruh retro
dan juga sentuhan budaya jati melayu melalui karyanya.
Manakala warna secara digital dari Brader padu kita iaitu
AURA. Dan cover ini adalah TRILOGI RAYA setelah
3 tahun tradisi balik kampung kita tergendala apabila
sekatan pergerakan penuh diperketatkan.
Kad POP-UP DIORAMA ini sebgai simbol kemeriahan
yang pernah kita alami dan tahun ini kita teruskan dengan
apa saja keputusan dari pihak berwajib. Dan sambungan
seterusnya ada di sketsa yang lain. Moga kita sama²
menghadapi wabak dengan tabah.
* * * * * * * * * * * * * * *
PERCUMA KAD POP-UP DIORAMA
Hadapi dengan senyuman. Semua yang terjadi biar
terjadi, hadapi dengan tenang jiwa. Semua kan baik² saja.
Bila ketetapan Tuhan sudah ditetapkan, tetaplah sudah.
Tak ada yang bisa meruba. Dan takkan bisa berubah.
Ternyanyi lagu Dewa 19 lak... Lagu lama ni. Elehhh,
evergreen laa kan. Wabak memang tak dapat nak elak,
kita hadap saja dengan mengikut SOP yang ditetapkan.
Tapi bukan bererti kita tak boleh merayakan Aidilfitri yang
mana kita beroleh kemenangan setelah sebulan
berpuasa, kan? Nah! Satu kad POP-UP eksklusif dari
kitaorang. Korang tak pernah dapat kad raya kan sejak
ada media sosial ni. Ni kita bagi sebagai ingatan tulus
ikhlas dari kami. Selamat Hari Raya dan jaga SOP!