Product description
Sesuatu akan hadir pada Ramadan ini,
Sempena lebaran naskhah hidangan tradisi,
Meriahkan Syawal dikala PKP dan SOP,
Gelanggang Bumper Karyawan beraksi.
Salam Ramadan & Syawal. Penyeri dan membuka tirai kita
kali ini dengan karya tersohor dari abang lejen kita,
Yaz Malee. Antara kartunis terawal yang banyak kali
menghasilkan cover majalah UJANG satu ketika dulu
menggunakan arkilik sebagai medium utama. Atas momen
itu kita ingin mengembalikan rasa segar dan autentik yang di bawa.
Kali ini dengan menggunakan catan air secara manual dan menterjemahkan hiruk pikuk masyarakat yang berlegar
kempunan ingin pulang ke kampung halaman dan merasa
kembali kemeriahan suasana hari raya seperti dulu.
Larangan rentas negeri memang memeritkan. Dan rentas
daerah pula mengikut situasi yang dibenarkan. Bagaimana norma baru Aidilfitri kali ini? Wallahu'alam bissawab.
Kita biarkan pihak berwajib memutuskan.
8 SAMPUL PERCUMA SKETSA RAYA
Seperti mana tahun dulu kita juga menyelitkan 8 sampul
PERCUMA sketsa raya. Dan untuk tahun ini kita selitkan 8
sampul lagi secara percuma dari berlainan kartunis pula.
Jika dikumpulkan pada Bumper tahun lepas, terdapat 16
karya Kartunis yang dapat dikumpulkan. Boleh dijadikan
koleksi peribadi atau dapat juga memberi keceriaan pada
kanak² di hari lebaran ini.