Terdapat ratusan jenis keju telah dihasilkan. Gaya, tekstur dan perisa keju berbeza bergantung pada asal usul membuat keju. Sesetengah keju boleh dimakan begitu saja atau dimasak di dalam pelbagai masakan. Kegunaan keju juga berbeza-beza mengikut jenis keju. Pengguna harus pandai memilih keju yang sesuai dalam masakan.