TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/5
RM36.00
RM40.00-10%

30 Resipi Rahsia Cef Amirul - Buku Resepi & Motivasi

Sold by Galeri Ilmu Sdn Bhd
4.2(5)
57 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 20 - Apr 23

Specifications

Customer reviews (5)

🎀**🎀
🎀**🎀
Item: Lalai
Penghantaran yang cepat dan pembungkusan terbaikk
February 6, 2025
K**g
K**g
Item: Lalai
Terbaik bukan sekadar resepi.
February 10, 2025
I**1
I**1
Item: Lalai
Tq seller
February 19, 2025
n**1
n**1
Item: Lalai
👍👍👍
March 1, 2025
M**h M**d T**b
M**h M**d T**b
Item: Lalai
Tukar buku lain tanpa asking customer. Very bad attitude
February 3, 2025
Galeri Ilmu Sdn Bhd
325 items
Shop performance
Better than 100% of other shops
Ships within 2 days
69%
Responds within 24 hours
100%

About this product

BahasaBahasa Melayu
Jenis Halaman KulitKertas kerja
PengarangCef Ahmad Amirul Muhd Kamil
Kuantiti setiap Pek1
ISBN/ISSN978-629-7716-28-2
Bilangan Muka Surat208
PenerbitGaleri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun2025
Brandgaleri ilmu

Product description

30 Resipi Rahsia Cef Amirul Penulis: Cef Ahmad Amirul Muhd Kamil ISBN: 978-629-7716-28-2 Kod: GB0858 Tebal: 208 ms Spesifikasi: 8” X 8” /4C Berat: Harga: RM40.00/RM42.00
SINOPSIS
30 Resipi Rahsia Cef Amirul bukan buku resipi semata-mata. Ia adalah gabungan resipi masakan dan juga resipi kehidupan yang merangkumi erti kekeluargaan, persahabatan, pengalaman dan ujian ...  secara spesifiknya ia tentang pengalaman hidup seorang anak muda dari awal usia hingga usia 20-an dan bergelar cef.
Ringkasnya ia mengandungi 30 kisah  yang disertai dengan 30 resipi masakan dari pelbagai negara di seluruh dunia. Membacanya seolah-olah penulis membawa kita menjelajah dan mengembara ke pelbagai negara di ke seluruh benua, di samping memahami pelbagai budaya, masyarakat, geografi dan keindahan alam.
Setiap resipi disertai dengan kod QR bagi memudahkan pembaca melihat video cara penyediaan setiap masakan.
-------------
Petikan Bab 21 ...
 Pengalaman dua minggu di Bangkok bersama mama adalah saat paling indah kami berdua. Dimulakan dengan mencari masjid berlainan setiap hari untuk solat subuh. Usai subuh, kami mencari gerai-gerai Muslim menjual sarapan. Kami berjumpa bubur nasi, laksa Siam, pulut ayam dan pelbagai jenis kuih-muih.
“Mirul, kalau mahu mencari makanan halal di luar negara, carilah masjid. Di sekelilingnya pasti ada orang Islam.” Mama berkongsi pengalaman ketika bermusafir di merata dunia. Sungguh benar, jauh berjalan luas pengalaman.
Semakin hari saya semakin serasi dengan Cef Nat yang sopan serta penuh ilmu memasak di dada. Sukatan bahan-bahannya menepati cita rasa. Katanya beliau pernah merantau dan bekerja di Malaysia.
Pesan Cef Nat, “Memasak suatu tugas mulia. Ia memberi kegembiraan kepada semua. Masakan yang enak tidak semestinya mahal bahannya atau terletak di hotel mewah yang mahal. Masaklah dengan sepenuh hati, ia akan pergi ke hati.”
Cef Nat menggalakkan saya menuntut sebanyak-banyak ilmu dari dada seorang cef walau di ceruk kampung. Katanya mereka bakal tua dan akhirnya mati. Tetapi keenakan masakannya tidak luput dari ingatan malah akan dikenang walaupun setelah mati. TENTANG PENULIS
Ahmad Amirul Imran bin Muhd Kamil, lahir pada 22 Jun 1998, di Bangor, Wales Utara. Pernah bersekolah di Madrasah Al-Khair Wa Barakah, Madinah, Madrasah Tahnoon Baneen, Sudan dan memiliki Diploma Lanjutan daripada Academy of Pastries and Culinary Arts, Petaling Jaya. Sejak kecil, minatnya cenderung kepada makanan justeru bercita-cita menjadi seorang cef. Setelah tamat pengajian diploma lanjutan, beliau terus menimba ilmu kulinari secara langsung daripada cef-cef profesional dalam dan luar negara sama ada di dapur restoran mahupun dapur hotel seperti di Dubai, Ha’il, Madinah, Paris dan Bangkok. Percutian bersama keluarga ke banyak negara asing, menajamkan lagi pemerhatian dan skil beliau dalam bidang kulinari. Dengan memiliki kemahiran memasak, Cef Amirul tidak kekok jika diminta untuk menyediakan jamuan berskala besar seperti untuk jemaah haji dan umrah.

Videos for this product

Galeri Ilmu Sdn Bhd
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tohasyukurbookshop
Tohasyukurbookshop
Gelas Kaca
Gelas Kaca
Alias Mohd
Alias Mohd
Gelas Kaca
Gelas Kaca
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok