SINOPSIS
Ayda Tuah, terlalu obses dengan buku sehingga menjejaskan kehidupannya sehari-hari! Memerap di dalam bilik, masa dihabiskan menghadap buku 24 jam tanpa henti. Minat mengikuti perkembangan penulis-penulis, ia lebih dihargai berbanding berkomunikasi dengan ahli keluarga sendiri. Di sekolah pula, Ayda membaca buku tidak kira masa. Oleh yang demikian, pelajar menggelarkannya ‘hantu buku Sri Bangsar’.