Emilia mewakili sekolah dalam sebuah rancangan kuiz uji minda di TV kerana dia pelajar cemerlang. Ayah Emilia pernah menyertai rancangan tersebut ketika muda tetapi akibat terlalu gugup, dia tersilap jawab soalan terakhir. Emilia berharap dapat menebus kesilapan ayahnya dan memenangi kuiz itu. Mampukah dia melakukannya?