Product description
Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya
menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan
orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.
Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan
adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan
tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas
bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.
Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan
kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya.
Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama
ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk
Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya
yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi
membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...
Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih
sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal
menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?