Product description
Rujuk ukuran gambar perbandingan dengan pembaris sebelum membuat pembelian
F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z, AA, BB, CC & DD (KAYU STARLET)
Teknik Pelampung, Seni atau Terapi
Memancing boleh melahirkan pelbagai anggapan dari sudut pemikiran yang berbeza. Ada yang anggap sukan ini boring, ada yang anggap sukan ini bermanfaat. Bagi insan yang telah hanyir sejak kecil, beranggapan sukan apa jua tetap bermanfaat jika dibuat bersesuaian dengan masa dan cara. Memancing bagi saya adalah terapi dan cara untuk saya penuhi masa mengembara bermula di radius kecil hingga ke langkah antarabangsa. Kembara pancing yang saya ingin kongsikan kali ini adalah berkenaan pancingan pelampung. Adakah ia terapi atau seni?.
Kepelbagaian teknik memancing di era moden ini telah memeriah dan menghangatkan lagi aktiviti sukan ini. Antara teknik baru yang terus popular adalah "Jigging & Popping". Mesin - mesin ampuh terlahir saban hari dari pelbagai jenama terkenal untuk membantu pemancing mendaratkan ikan idaman. Tetapi ada satu teknik yang boleh melegakan tekanan di minda iaitu teknik pancingan pelampung. Teknik yang sudah lama bertapak dalam dunia memancing. Teknik ini asasnya sama iaitu joran, tali dan mata kail. Cuma ditambah penggunaan pelampung sebagai medium apungan untuk umpan. Umpan tidak cecah dasar dan tergantung di kedalaman tertentu.
Penggunaan pelampung mensasarkan ikan yang gemar bermain di permukaan dan pertengahan air. Ada juga ikan yang berada di dasar naik menjengah umpan. Apabila ikan menyambar umpan, pelampung akan tenggelam timbul dan bila ikan melarikan umpan maka pelampung akan terus terbenam mengikut larian ikan. Inilah saat yang membuatkan pemancing teruja teruk dan memulakan "pump up". Saya cukup gemar akan pelampung yang berbatang dicucuk sebagai pengetat tali. Bila ikan melarikan umpan, pelampung jenis ini lebih mengujakan dan suasanan cukup seni. Seni?.
Ye seni. Seni pelampung dalam pancingan adalah satu faktor yang membantu kita memperolehi keredaan untuk tekanan. Seni ini bermula dengan ikatan, balingan dan perlawanan. Tidak ada syarat tertentu bagi menggunakan pelampung, cuma bagi saya ia perlu berseni untuk mencapai kepuasan maksima dalam memancing. Pelampung yang baik pula ialah pelampung yang tidak mudah tenggelam. Ada pelampung plastik keras yang medah menakung air di dalamnya dan keadaan ini membuatkan ia asyik tenggelam ketika menggunakannya. Saya suka guna pelampung kayu starlet. Lebih praktikal di lapangan.
Umpan untuk pancingan pelampung tidaklah rumit dan spesifik. Lain lokasi lain variasi.
Kesimpulannya, gaya pancingan pelampung ini adalah seni terapi yang boleh diamalkan untuk meredakan kekusutan fikiran. Pendapat ini adalah terbuka untuk umum. Jika anda terjumpa lokasi yang tenang, riak ikan aktif di permukaan dan ada baiknya anda cuba teknik ini. Larian ikan melarikan pelampung cukup indah dan anda akan rasa sesuatu yang baru untuk sukan memancing.