pelampung span handmade ada lobang straw sesuai cari puyu talapia kaloi lampam temperas belida betok haruan sepat
Sold by FishonMalaysia
4.9(100)
846 sold
Select options
Select
Shipping
From RM4.90
Est. delivery by Apr 18 - Apr 22
Customer reviews (100)
J**P
Item: 3cm
tq seller pantas, barang kerkualiti, cantik, mantap, pantas, berfungsi dgn baik.. harap dpat ikan tamok besar²
October 22, 2023
a**r
Item: 7cm
terbaikk. harga yg sgt murah. saiz yg ngam.
mantap
September 7, 2023
H**n L**g
Item: 6cm
Belum cuba lagi. Kerja darat tengah berlambak. Yang penting barang telah pun tiba dengan selamat
August 31, 2023
A**r
Item: kombo 6cm, 7cm dan 8cm 3pcs
Alhamdulillah dah sampai, nanti bole cuba mengail loban berjaya atau tidak, tq
December 8, 2024
B**d
Item: 6cm
Terbaik plmpung tamok dh smpai brg ok cntik nnti kite try tgok baik tk baik.
October 27, 2023
B**o
Item: 5cm
dah terima barang dalam keadaan terbaik seperti dalam gambar, penghantaran pantas
October 25, 2023
M**t H**m H**n
Item: 3cm
Brg baik...
Shipping pantai...
Seller terbeek
August 3, 2023
M**a
Item: kombo 6cm, 7cm dan 8cm 3pcs
Mantap terbaik,barang padu mesti kena beli.
November 22, 2024
p**n
Item: 6cm
dah try .. memang terbaik 👍👍
September 26, 2023
N** A**n
Item: 6cm
Barang Sampai terbaik puas hati 👍👍
June 2, 2024
B**🍉
Item: 8cm
Penghantaran pantas..oder sama dalam gambar..terima kasih👍👍
December 20, 2024
J**d
Item: kombo 6cm, 7cm dan 8cm 3pcs
Alhamdulillah..barang dah sampai...dapat barang sepertimana dalam gambar..tq saller
April 1, 2024
J**P
Item: 6cm
tq seller pantas, barang kerkualiti, cantik, mantap, pantas, berfungsi dgn baik.. harap dpat ikan tamok besar²
October 22, 2023
a**4
Item: 7cm
barang dh smpai mmng baik kerna dgn harga yang penting dh hanyir main tamok terbaik
September 3, 2023
F**H M** Y**N
Item: kombo 6cm, 7cm dan 8cm 3pcs
barang mantap terbaik seller 👍
December 16, 2024
** H**D F**N **
Item: kombo 6cm, 7cm dan 8cm 3pcs
Terbaik cepat sekali sampai,,
January 5, 2025
h**n
Item: kombo 6cm, 7cm dan 8cm 3pcs
Barang dah sampai boleh digunakan terima kasih tiktok
October 28, 2024
S**A
Item: kombo 6cm, 7cm dan 8cm 3pcs
Item Selamat sampai..barang terbaik
3w ago
N**g K**k
Item: 3cm
Terbaik...penghantaran pantas
March 30, 2023
m**4
Item: 8cm
Terbaik
December 2, 2024
FishonMalaysia
273 items
Shop performance
Better than 78% of other shops
Product description
Rujuk ukuran gambar perbandingan dengan pembaris sebelum membuat pembelianPelampung buatan tanganTeknik Pelampung, Seni atau TerapiMemancing boleh melahirkan pelbagai anggapan dari sudut pemikiran yang berbeza. Ada yang anggap sukan ini boring, ada yang anggap sukan ini bermanfaat. Bagi insan yang telah hanyir sejak kecil, beranggapan sukan apa jua tetap bermanfaat jika dibuat bersesuaian dengan masa dan cara. Memancing bagi saya adalah terapi dan cara untuk saya penuhi masa mengembara bermula di radius kecil hingga ke langkah antarabangsa. Kembara pancing yang saya ingin kongsikan kali ini adalah berkenaan pancingan pelampung. Adakah ia terapi atau seni?. Kepelbagaian teknik memancing di era moden ini telah memeriah dan menghangatkan lagi aktiviti sukan ini. Antara teknik baru yang terus popular adalah "Jigging & Popping". Mesin - mesin ampuh terlahir saban hari dari pelbagai jenama terkenal untuk membantu pemancing mendaratkan ikan idaman. Tetapi ada satu teknik yang boleh melegakan tekanan di minda iaitu teknik pancingan pelampung. Teknik yang sudah lama bertapak dalam dunia memancing. Teknik ini asasnya sama iaitu joran, tali dan mata kail. Cuma ditambah penggunaan pelampung sebagai medium apungan untuk umpan. Umpan tidak cecah dasar dan tergantung di kedalaman tertentu. Penggunaan pelampung mensasarkan ikan yang gemar bermain di permukaan dan pertengahan air. Ada juga ikan yang berada di dasar naik menjengah umpan. Apabila ikan menyambar umpan, pelampung akan tenggelam timbul dan bila ikan melarikan umpan maka pelampung akan terus terbenam mengikut larian ikan. Inilah saat yang membuatkan pemancing teruja teruk dan memulakan "pump up". Saya cukup gemar akan pelampung yang berbatang dicucuk sebagai pengetat tali. Bila ikan melarikan umpan, pelampung jenis ini lebih mengujakan dan suasanan cukup seni. Seni?. Ye seni. Seni pelampung dalam pancingan adalah satu faktor yang membantu kita memperolehi keredaan untuk tekanan. Seni ini bermula dengan ikatan, balingan dan perlawanan. Tidak ada syarat tertentu bagi menggunakan pelampung, cuma bagi saya ia perlu berseni untuk mencapai kepuasan maksima dalam memancing. Pelampung yang baik pula ialah pelampung yang tidak mudah tenggelam. Ada pelampung plastik keras yang medah menakung air di dalamnya dan keadaan ini membuatkan ia asyik tenggelam ketika menggunakannya. Saya suka guna pelampung kayu starlet. Lebih praktikal di lapangan. Umpan untuk pancingan pelampung tidaklah rumit dan spesifik. Lain lokasi lain variasi. Kesimpulannya, gaya pancingan pelampung ini adalah seni terapi yang boleh diamalkan untuk meredakan kekusutan fikiran. Pendapat ini adalah terbuka untuk umum. Jika anda terjumpa lokasi yang tenang, riak ikan aktif di permukaan dan ada baiknya anda cuba teknik ini. Larian ikan melarikan pelampung cukup indah dan anda akan rasa sesuatu yang baru untuk sukan memancing.