Ancaman Keselamatan di Sarawak 1920-1990: Komunis, Masyarakat dan Kerajaan menelusuri sejarah perkembangan gerakan komunis di Sarawak sejak tahun 1920-an sehingga komunis menyerah diri kepada kerajaan pada tahun 1990. Sehubungan itu, perbincangan dalam buku ini turut memberi perhatian kepada strategi komunis dan Clandestine Communist Organisation (CCO) dalam menyebarkan fahaman komunis melalui pelbagai kegiatannya kepada masyarakat di Sarawak. Di sini juga diteliti sejauh manakah penduduk Sarawak memberi sokongan kepada perjuangan komunis. Selain itu, buku ini juga membincangkan langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mencegah penyebaran kegiatan komunis dalam kalangan penduduk dan kemudian membanteras gerakan komunis di Sarawak. Dengan itu dapat dinilai sejauh mana pencapaian langkah pentadbiran British dan kerajaan Sarawak dalam mengekang gerakan komunis di negeri itu.