Product description
*Beras-beras ni asalnya datang dalam pek 5kg, kami bungkus semula menjadi berat 500g sebagai pek percubaan.
**Gambar-gambar pek beras tu, adalah gambar pek 5kg, sebagai panduan untuk jenis-jenis beras.
1. Faiza Beras Herba Ponni Taj Mahal
-Beras yang amat sesuai untuk penghidap kencing manis.
-Kandungan karbohidrat yang rendah.
-Kurang kanji dan kadar Indeks Glycemik (GI) yang rendah.
-Beras ini juga sesuai untuk penghidap kencing manis dan bagi mereka yang mementingkan berat badan yang ideal.
2. Faiza Beras Kohinoor Basmathi:
Mempunyai kepanjangan sehingga 16-18mm apabila dimasak, penuh dengan kebaikan semulajadi. Pilihan yang sempurna semasa musim perayaan untuk masakan nasi beriani.
Moghul Parboiled adalah beras Basmathi khas yang telah melalui proses unik yang menjadikan ia lebih mudah dimasak, lazat untuk dikunyah kerana kelembutannya dan teksturnya yang lebih panjang. Beras ini sesuai untuk penghidap diabetes kerana rendah Glycemic Index (GI) = 44.
4. Beras Pusa 1121 (Super Long Grain Sela Cream) mempunyai aroma yang menyelerakan dan teksturnya yang panjang amat sesuai dijadikan sajian utama pada bila-bila masa.
5. Beras Kashmir Basmathi:
Mempunyai tekstur yang panjang dan aroma yang menyelerakan. Diimport khas daripada Pakistan dan mempunyai rasa yang istimewa. Ia digunakan secara meluas dalam masyarakat Parsi, Arab dan Timur Tengah.
6. Beras Faiza Moghul Basmathi
Beras Basmathi yang diimport dari Pakistan ini ditanam di daerah Punjab yang subur di mana sungainya adalah cairan salji pergunungan Himalaya yang membekalkan pengairan untuk kawasan penanaman padi di kawasan ini. Teksturnya panjang (7.2mm), lembut serta berderai amat enak samada dibuat nasi beriani atau dimasak sebagai nasi putih biasa sahaja. Kurang berkanji dan tidak berlemak sesuai bagi mereka yang mementingkan berat badan yang ideal.
7. Faiza Basmathi Maharani:
Beras Basmathi Maharani merupakan beras yang diimport dari Pakistan, mempunyai tekstur yang lembut serta berderai dan amat enak dimakan samada dibuat nasi beriani atau nasi putih biasa.