About this product
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Bilangan Muka Surat250
PengarangAmmar Akmal
ISBN/ISSN978-967-2437-26-0
BahasaBahasa Melayu
PenerbitThe Patriots
Jenis EdisiEdisi Biasa
Tahun2022
Kuantiti Setiap Pek1
VersiLengkap
Product description
Tatkala anda membaca sinopsis ini, barangkali jantung anda sudah berdegup dan berdetak beberapa kali. Bagi setiap degupan tersebut, otot jantung anda sudah mengembang dan menguncup sebanyak degupan jantung anda. Darah anda juga sudah bergerak menderu ke seluruh badan.
Untuk setiap degupan jantung, seluruh anggota dan sistem badan anda perlu bekerjasama, daripada otak hinggalah ke urat kaki, hanya untuk memastikan anda masih sihat dan bernyawa. Ilmu hikmah dalam memahami hal ini, yang merangkumi perkara seperti jantung kita dan seluruh makhluk hidup ialah biologi β ilmu tentang makhluk dan kehidupan. Mungkin ilmu ini dipandang enteng bagi sesetengah orang, tapi apa faedahnya dalam memahami ilmu biologi ini?
Melalui ilmu ini, manusia berjaya menukar baka rumput liar menjadi gandum dan padi, lalu mengatasi masalah ketidakcukupan makanan di zaman purba. Melalui ilmu ini, manusia mampu menjinakkan haiwan liar dan dijadikan haiwan bebanan dan sumber makanan seperti lembu.
Melalui ilmu ini, manusia mampu melawan penyakit berbahaya yang telah meragut jutaan nyawa.
Melalui ilmu ini, manusia mampu mengawal dan memerintah alam sebagai sang pemerintah.
Melalui ilmu ini, manusia bukan sahaja belajar tentang hidupan, bahkan juga belajar tentang erti kehidupan.
Demikian itulah resmi ilmu biologi β ilmu tentang makhluk dan kehidupan.