Ejen Ling dari Libra, iaitu Seksyen 0 organisasi antarabangsa diarah menjalankan satu misi. Namun perjalanan menyempurnakannya tak semudah yang disangka. Kini misi bukan hanya melibatkan seorang anak perempuan organisasi yakuza, Yanagiba Gumi yang berkebolehan ‘sinestetik’. Malah mereka turut menjadi sasaran ninja Jonin dari organisasi pembunuh, Karma.