TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/1
RM26.91
RM29.90-10%

Mendam Berahi | Novel Sejarah | Karya Publika Buku

Sold by Karya Publika
2 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 23 - Apr 25
Karya Publika
32 items

Product description

Mendam Berahi ialah sebuah kapal kenaikan kerajaan yang digunakan zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-16. Kapal ini berada di bawah kendalian Laksamana Hang Tuah semasa beliau mengembara ke-14 buah negara bagi menjalinkan hubungan dengan negeri asing, juga untuk membawa jemaah haji ke Mekah. Mendam Berahi panjangnya 60 gaz (180 kaki atau 54.9 meter) dan lebarnya 6 depa (36 kaki atau 11 meter).
Menurut kajian Rohaidah Kamaruddin, penukaran unit yang dibentangkan dalam manuskrip Melayu lama akan menghasilkan panjang 50.292 meter dan lebar 10.972 meter. Menurut Irawan Djoko Nugroho, panjangnya ialah 50 meter dan lebarnya 12 meter, manakala Pierre-Yves Manguin pula menganggarkannya bersaiz 67 meter panjang dan 11 meter lebar. Menurut Md. Salleh Yaapar, ghali ini memiliki 3 batang tiang, 100 batang dayung dan boleh membawa 400 orang, tetapi maklumat ini hanyalah anggaran semata-mata, tidak tercatat dalam manuskrip Hikayat Hang Tuah. Kapal ini dipersenjatai dengan 7 laras meriam.
Dalam Hikayat Hang Tuah diceritakan bahawa kapal ini dibuat untuk tujuan raja Melaka meminang puteri Majapahit iaitu Raden Galuh Cendera Kirana. Pembinaan kapal ini mengambil masa 30-40 hari. Untuk mempercepatkan kerja, Bendahara Melaka membahagikannya kepada beberapa kumpulan: Hang Tuah mengerjakan bahagian haluan, tukang-tukang kapal dilantik untuk mengerjakan bahagian tengah, dan Bendahara mengerjakan bahagian buritan kapal. Corak hiasan direka oleh Hang Tuah, dan untuk ruang antara tiang utama dan belakang rekaan Bendahara Paduka Raja, daripada haluan hingga ke tiang utama turut direka oleh Hang Tuah, manakala Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan semua penyanyi juga hamba diraja melakukan ukiran.
Hang Tuahlah yang mencadangkan nama ‘Mendam Berahi’ untuk kapal ini.
Selepas pembinaan siap, Mendam Berahi belayar ke Majapahit, membawa surat dan hadiah bagi menyampaikan hasrat raja Melaka kepada Raja Majapahit. Pemergian Mendam Berahi bermula dengan tembakan meriam sebagai penghormatan. Apabila tiba di Majapahit, Patih Karma Wijaya dan Hang Tuah memaklumkan ada tujuh buah kapal Melaka yang datang bertujuan untuk meminang puteri raja Majapahit. Setelah urusan di Majapahit selesai, Mendam Berahi belayar pula ke Tuban selama 7 hari, dan ke Jayakarta selama 3 hari 3 malam. Mendam Berahi juga telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah untuk pergi ke Inderapura, benua Keling, China dan juga Jepun. Hakikatnya, Mendam Berahi adalah lambang keagungan dan kemegahan bangsa Melayu dalam bidang pelayaran meredah lautan luas zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dahulu.

Videos for this product

KaryaPublika
KaryaPublika
KaryaPublika
KaryaPublika
KaryaPublika
KaryaPublika
KaryaPublika
KaryaPublika
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok