Product description
Buku ini merupakan himpunan analisis keadaan geopolitik serantau dan dunia, memberi pencerahan serta sudut pandang rasional lagi objektif. Diplomasi, perhubungan serta perdagangan antara negara, cold war dan peperangan antara negara bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan emosi, persepsi serta sentimen semata-mata. Dunia Tanpa Tembok membawa anda merungkai kesemua aspek ini di dalam gaya bahasa yang amat mudah difahami dan dihadam.
Ketiga-tiga ungkapan ini adalah faktor yang boleh meruntuhkan tembok perbezaan manusia di dunia dalam mencapai kata sepakat dan kefahaman antara satu sama lain.
Ilmu tentang geopolitik antarabangsa pula adalah kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa, dan ilmu yang diperolehi harus berdasarkan prinsip-prinsip Realisme, Diplomasi dan Patriotisme.
Prinsip-prinsip ini akan diterangkan melalui 50 artikel yang merupakan catatan penulis tentang geopolitik dan hubungan antarabangsa.
Dunia sedang mengalami perubahan besar yang dikenali sebagai keruntuhan orde antarabangsa liberal. Kewibawaan sistem antarabangsa yang dibina oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1945 berdasarkan demokrasi liberal, ekonomi pasaran dan hak asasi manusia kini menerima cabaran hebat daripada kebangkitan pemimpin-pemimpin “strongman”, dasar perlindungan ekonomi dan semangat populisme-nasionalisme.
Apa yang berlaku kepada globalisasi dan dunia tanpa sempadan yang digempar-gempurkan pada tiga dekad kebelakangan ini? Adakah orde dunia baharu yang akan lahir ini lebih baik daripada orde lama, atau sebaliknya?
Dengan menggunakan tiga kunci ilmu geopolitik, yakni KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI, buku ini akan merungkai persoalan-persoalan besar tentang hubungan antarabangsa masa kini.
30 tahun telah berlalu sejak runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 yang menamatkan Perang Dingin. Optimisme tentang masa depan dunia yang lebih terbuka, tanpa sempadan, saling terhubung kini diganti oleh pesimisme yang melihat dunia semakin dekat dengan kehancuran akibat persaingan kuasa-kuasa besar, kenaikan pemimpin populis dan kemunculan ultranasionalisme.
Tidak kira betapa majunya teknologi, atau betapa berevolusinya tamadun, hubungan antarabangsa tidak akan lari daripada hukum-hukum berikut: