About this product
Jenis EdisiEdisi Biasa
Jenis Halaman KulitKertas kerja
PengarangAbeben,At-thufail,ABEMAT USUL,PAEH DESIGN,SYAKIRIN YUSLAN & AFIQ SYAZWAN
BahasaBahasa Melayu
PenerbitKomik Puris
Product description
1 - Antologi Komik Puris Gen Y
Komik GEN Y, menampilkan komik-komik generasi muda yang penuh dengan cabaran dalam mencari identiti daripada artis-artis komik tempatan yang sedang meningkat naik. AKTIVIS karya IF Moses, EKSLUSIFKAN KEINDAHANMU karya Wazif Bakhtiar, KARIPAP FROZEN karya Irfan Kartunis, KELIRU karya Amnrshid, NIKMAT karya Flan, READ IT FEEL IT karya NZH & Tsuyu Nada, PAUSE karya Abeben.
2- Antologi Komik Puris - SIFU
Komik SIFU, menampilkan komik-komik generasi muda yang penuh dengan cabaran dalam mencari identiti daripada artis-artis komik tempatan yang sedang meningkat naik. 1x10=10? karya Abeben, BULI karya Khairul Asyraf, ONLY ONE karya Miiraimi, PROJEK HATI AMIR karya Nash Shahri, JANGAN TINGGALKAN AKU, SHAHEED karya Oz Ishak & Khairul, YA RIJAL karya AbeMat Usul, YANG LEBIH AKU CINTAI karya Abeben & Syafy Zahin.
LEGENDA RURITANIA ini mengisahkan seorang pemimpin yang bernama Sultan Firmansyah yang memerintah kerajaan Ruritania. Dibawah pemerintahannya, Ruritania berada dalam keadaan aman dan damai.
Namun, segalanya berubah apabila undang-undang dunia telah menetapkan revolusi industri di seluruh dunia termasuklah kerajaan Ruritania. Perjanjian ini akan merubah sistem dan pelaksanaan pentadbiran kerajaan Ruritania kerana ia tidak menepati kehendak dan budaya hidup di Ruritania. Akhirnya, Sultan Fimansyah mengambil keputusan untuk menolak perjanjian tersebut yang mengakibatkan kerajaan Ruritania diserang.
Namun, penglibatan sekumpulan pelajar dari kelas Kultus, memperlihatkan kewibawaan kerajaan Ruritania dalam mempertahankan kedaulatan. Siapakah pelajar-pelajar dari kelas Kultus itu?
Umar dan Syafie memulakan pengembaraan mereka mengelilingi empayar Muluk dengan tekad untuk memperbaiki keadaan masyarakat agar kembali ke jalan agama. Mereka telah singgah di sebuah kampung di mana ia menjadi ‘sarang’ sebuah kumpulan ajaran sesat. • Adakah kumpulan itu ada kaitan dengan King Namrud? • Apakah motif mereka mempengaruhi pemikiran masyarakat di situ? Komik yang mengisahkan gabungan kumpulan pemuda yang ingin mengubah nasib empayar mereka. Bersama ikuti kisah perjuangan mereka!
Komik ini mengumpulkan beberapa kisah benar, sentap serta menyentuh hati berkaitan dengan dunia remaja hari ini.
Ia berdasarkan kepada pengalaman dua orang trainer muda daripada PROTAZZ LEGACY Training & Consultancy (PLTC) yang bergerak aktif dalam menyebarkan motivasi kecemerlangan dan kerohanian khususnya untuk para remaja di seluruh negara.