Product description
• Delia--seorang veterinar yang sangat profesional dan penyayang ketika memberikan rawatan kepada haiwan-haiwan memerlukan. Dia bekerja di Klinik Veterinar Adelia, yang dimiliki Delia bersama kembar lelakinya, Addy.
• Namun, semakin hari Delia berasa semakin tertekan apabila terpaksa berhadapan pelbagai kerenah pemilik-pemilik haiwan itu.
• “Kenapa arnab saya tiba-tiba mati? Doktor tolonglah selamatkan arnab kesayangan saya tu!”
• “Saya sebenarnya tak mahu dah bela hamster tu. Doktor jagalah atau jual saja!”
• Situasi yang menekan itu membuatkan Delia rasa keseorangan. Usahanya seakan tidak dihargai, seolah-olah dia seorang saja mahukan yang terbaik untuk haiwan-haiwan yang dirawat.
• Adakah Delia mampu terus bersabar dan mencari semula kegembiraan dalam bekerja sebagai seorang veterinar?
• Ammar atau lebih dikenali sebagai AIMER ingin menjadi seorang atlet e-sukan profesional dan bercita-cita untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Kini, dia adalah antara 100 pemain terbaik di Asia Tenggara dalam permainan ‘MobileSatria’.
• Demi mencapai impiannya, Ammar telah menumpukan sepenuh perhatian dan masa untuk bermain game. Dia hilang minat dalam pelajaran sehingga prestasi akademiknya merosot teruk.
• Keadaan itu mengakibatkan ibu bapa Ammar terpaksa mengambil langkah drastik–melarang Ammar daripada terus bermain game dan memfokuskan sepenuh masa untuk belajar.
• Namun, kekalahan Ammar kepada Raja Akmal telah memaksanya menyertai pasukan baharu secara rahsia. Selain wajib mengikuti jadual latihan yang ketat, Ammar juga perlu konsisten belajar dan bersukan untuk meningkatkan fokus dan stamina.
• Mampukah Ammar untuk terus bertahan dan meyakinkan ibu bapanya supaya dapatmenyertai pertandingan sekali gus merealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang atlete-sukan profesional?
• Sufi--seorang sous chef di sebuah restoran 5 bintang bercita-cita membuka restorannya sendiri. Demi mencapai impiannya menjadi seorang chef yang pantas dan mahir, Sufi terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.
• Tanpa diduga, ibu bapanya terlibat dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya lalu meninggalkan Sufi sendirian untuk membesarkan adik perempuannya.
• Sufi akhirnya bertekad membuka perniagaan trak makanan untuk menyara keluarga. Namun,segalanya mula terlerai. Rupanya, memulakan perniagaan tidaklah semudah yang Sufi sangka, ditambah pula masalah hubungan dengan adik yang masih dingin.
• “Kalau abang tak sibuk sangat kerja pada hari tu, mesti papa dan mama...
• Mampukah Sufi dan adiknya berdamai? Bagaimana pula dengan cita-cita Sufi untuk membuka restorannya sendiri--adakah akan tercapai?