About this product
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
- Bahasa:Bahasa Melayu
- Penerbit:patriots publishing
- Kuantiti setiap Pek:3
- Brand:patriots publishing
Product description
SINOPSIS KITAB TAMADUN CINA:
Apakah agama utama orang Cina?
Kenapa ejaan nama orang Cina Malaysia dan orang China berbeza?
Kenapa wujud perbezaan tulisan Cina tradisional dan ringkas?
Apakah sebenarnya makhluk yang dikenali sebagai naga?
Apakah hubungan antara tamadun Cina, Korea dan Jepun?
Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah antara aspek tamadun dan budaya Cina yang akan diterangkan dalam buku ini. Ia ditulis dalam bahasa Melayu yang mudah dibaca dan senang difaham. Buku ini diharapkan dapat memupuk persefahaman antara budaya yang menjadi warisan bersama negara.
Tamadun Cina merupakan antara tamadun tertua dan satu-satunya tamadun daripada kalangan empat tamadun purba yang tidak terputus. Dalam sejarah perkembangan tamadun Cina dan pengalaman pewarisnya dalam memelihara khazanah leluhur mereka, terdapat pengajaran dan ilham yang berguna kepada anak bangsa yang ingin membina keyakinan diri terhadap tamadun sendiri.
SINOPSIS KITAB TAMADUN KOREA:
“Jika Korea adalah seseorang, ia akan didiagnosis sebagai berkelakuan aneh, dengan kedua-dua inferioriti dan superiority complex.” ― Euny Hong, penulis buku The Birth of Korean Cool: How One Nation Is Conquering the World Through Pop Culture
Hari ini, gelombang budaya Korea, terutama merangkumi hiburan mereka, tak kira muzik dan wayang gambar, semuanya sedang menakluk dunia.
Tetapi sejarahnya bermula ketika ribuan tahun yang lalu, ketika raja Korea bernama Dangun yang berasal dari kayangan, ke era tiga kerajaan Korea saling berperang demi menguasai seluruh semenanjung, sehinggalah kepada berdirinya Joseon yang sangat mengagumkan itu.
SINOPSIS KITAB TAMADUN JEPUN:
(Koketsu ni irazunba koji wo ezu/Jika anda tidak memasuki gua harimau, anda tidak akan mendapat anaknya)
Sebut sahaja Jepun, kita membayangkan aspek kemodenan bandar-bandarnya. Sebut sahaja Jepun, kita membayangkan anime yang mengusik jiwa sesiapa daripada siri Gundam hinggalah Naruto dan Bleach. Tetapi kita langsung tidak berminat dengan sejarah di sebalik negara yang dikenali dengan gelaran negara Matahari Terbit itu.
Kitab Tamadun Jepun menjemput anda menelusuri susur sejarah negara itu yang membentuk Jepun hari ini. Pelbagai rahsia tersembunyi yang tidak diketahui disingkap dan dipaparkan buat tatapan para pembaca yang dahagakan maklumat tentang dunia Timur Jauh itu. Dari situ, barulah kita memahami sebab dan pandangan alam masyarakat Jepun terhadap dunia hari ini.
(Orang boleh saja berkata tentangku tetapi aku tahu apa yang aku lakukan) – Sakamoto Ryoma