al-Masālik wa al-Mamālik: Beberapa Bab pada Menyatakan Perihal Kepulauan Melayu merupakan terjemahan sebuah kitab yang ditulis kira-kira tahun 460H/1058M oleh Abu Ubaid Al-Bakri, seorang ilmuan Andalus sckitar kurun ke-3 Hijrah. Kitab ini terdiri daripada dua jilid yang tebal, sarat dengan pelbagai maklumat. Untuk penerbitan ini, penterjemah cuma menterjemahkan bahagian yang berkait dengan Kepulauan Melayu dan Lautan Hindi serta terselit sedikit mengenai laut-laut yang lain.