TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/8
RM77.00

KOMBO: Dale Carnegie | How to Win Friends and Influence People | How to Stop Worrying and Start Living

Sold by Kedai Buku AY
1 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 23 - Apr 25
Kedai Buku AY
534 items
Shop performance
Better than 76% of other shops
Ships within 2 days
69%

Product description

Biodata Dale Carnegie
 
Dale Breckenridge Carnegie yang dilahirkan pada 24 November 1888 ialah seorang penulis dan pengajar dari Amerika Syarikat dan seorang pelatih serta pakar motivasi dalam pelbagai kursus pembangunan diri, penjualan, kewangan, dan keterampilan interpersonal. Dilahirkan daripada keluarga miskin di pertanian di Missour. Beliau adalah penulis dari buku How To Win Friendsand Influence Peopleyang diterbitkan pada tahun 1936. Buku tersebut adalah buku terlaris di seluruh dunia sehingga kini.
 
Buku tersebut diterbitkan kembali oleh PTS Publishing House dalam edisi Bahasa Melayu pada 8 Mac 2010. Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku tersebut sudah berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia, terutama dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.
 
Edisi How To Win Friends and Influence Peopleyang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku tersebut, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.
 
Beliau juga menulis biografi Abraham Lincoln, berjudul Lincoln the Unknown, serta beberapa buku yang lain.
 
- How to Stop Worrying and Start Living - Edisi Bahasa Melayu
 
Buku ini menghimpunkan koleksi resipi kejayaan yang sudah terbukti keberkesanannya bagi menghapuskan ketakutan dalam kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun, kita tidak akan menemui sesuatu yang baru di dalam buku ini. Sebaliknya, kita hanya menemui banyak perkara yang sudah biasa kita dengar, tetapi jarang diamalkan.
 
Dalam buku ini terdapat lapan bahagian perbincangan yang berkaitan dengan perasaan bimbang yang dialami oleh manusia, iaitu:
 
. Fakta Asas yang Perlu Kita Tahu tentang Ketakutan
 
. Teknik-Teknik Asas Menganalisa Kebimbangan
 
. Cara Menghentikan Rasa Bimbang Sebelum Ia Membinasakan Kita
 
. Tujuh Cara Memupuk Minda Kita supaya Berasa Tenang dan Bahagia
 
. Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan
 
. Cara Mengelakkan Rasa Bimbang Apabila Dikritik
 
. Enam Cara Mengelakkan Keletihan dan Kebimbangan
 
. Kisah Benar: Cara Mengatasi Kebimbangan
 
 
- How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu
 
Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan!
 
Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang!
 
Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!
 
Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.
 
Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok