Tujuan:
Meningkatkan kualiti air, mengurangkan nitrit, ammonia, nitrogen, PH, bakteria bagus untuk tanaman tanah, boleh campur untuk haiwan makanan dan minuman
Sesuai untuk air tawar, kolam, kawasan perikanan, ladang sayur, haiwan, pertanian, perikanan.
Cara Guna:
Campuran pati EM1 1Liter dengan molasses 1-2 kg / gula merah dan 50 liter air bersih (tanpa klorin) untuk menjadikan ia aktif yang dikenali sebagai em4.
Tutup rapat & fermentasi selama 5 hingga 7 hari, semakin lama semakin baik. Simpan di tempat yang redup tak terkena cahaya matahari, setelah mengeluarkan aroma masam siap digunakan.
Campurkan jumlah berdasarkan penggunaan anda sendiri, pati EM1 yang belum guna habis boleh simpan di tempat kering/redup.
Hasil yang lebih baik adalah dengan menggunakan molases kerana ianya adalah sebagai sumber makanan untuk mengaktifkan bakteria baik di dalam em1.