Tajuk: Haydar Rose Jilid 1
Penulis: Aisyahros
Penerbit: Suara Hati Publication
Harga: Rm28.00
Blurb:
βPolitic is a scary thing, but the world is the scariest. It keeps lying to you.β β Haydar Black
The hero of justice, he is. Baktinya dalam menegakkan kebenaran tidak akan mampu disangkal oleh sesiapa pun. Namun, tiada seorang pun yang tahu segala perbuatan yang dia lakukan demi kebenaran yang digenggam dalam tangan. Demi kebaikan semua, Haydar Black sanggup!
Sehinggalah sekuntum mawar yang dahulunya pernah mekar, muncul semula dalam hidupnya. Serta-merta mengubah jalan hidupnya sekali lagi. Menjadi lebih baik? Tidak! Sebaliknya menjadi lebih gelap. Kelam.
βSaya cuma harap the real culprit of that accident akan ditangkap dan terima hukuman yang setimpal.β β Rose Alvinne
Sesungguhnya, Haydar Black tahu kisah di sebalik kemalangan itu. Ya, dia tahu.
Namun, kecurigaan lain pula mula timbul. Keliru dengan si mawar yang manis wajahnya dengan senyuman namun, tiada sesiapa tahu jika senyuman itu hanyalah topeng semata-mata.
Aneh! Mengapa Haydar Black merasakan ada buah catur miliknya yang bergerak sendiri setelah dia menemui Rose Alvinne semula? Bukankah sepatutnya hanya dia seorang sahaja yang bermain dalam permainan dunianya selama ini?