Sungai adalah tempat paling menyeronokkan ketika cuaca panas. Bukan sahaja percuma, kita boleh berkelah dan main air bersama keluarga dan rakan-rakan. Tapi... orang kata di sungai inilahtempat roh-roh hantu tinggal. Hati-hati bila bermain di sungai... takut-takut ada sesuatu yang menarik kaki kamu semasa sedang berenang, atau 'dia' tidak bagi kamu naik ke darat. Beringatlah... jangan gembira sangat. Kamu tidaktahu apa yang bakal terjadi pada kamu!