Sinopsis:
Antara ilusi dan realiti, terciptanya halusinasi yang membadai mimpi yang tidak terjangkau dek akal. Itulah jiwa seorang manusia bernama Akashah.
Dia jatuh cinta dengan Maya perempuan penghidap ... Tiada sedikit pun rasa terkilan di hati Akashah kerana beristerikan wanita itu. Kehadiran Aiman menambahkan kebahagian mereka. Mendiami apartmen sendiri, menjadikan hidup semakin indah.
“Biasalah kalau tinggal kat apartmen macam ni. Waktu siang, semua
penghuninya keluar bekerja. Waktu malam pula mereka berkurung dalam rumah,
berehat.” – AKASHAH
.
“Kesian kau, Maya. Kau terperap sepanjang hari kat rumah ini sedangkan suami kau bebas di luar sana!” – MAYA
Kemunculan gadis bernama Miera yang mempunyai mata tak berhijab, menjentik hati Akashah.
“Perlukah aku beritahu dia tentang penunggu yang sedang memperkudakannya itu? Kalau aku beritahu, agak-agaknya dia percaya tak?” – MIERA.
Apartmen itu bernyawa. Ia seperti kewarasan Akashah.
Perlukah dia keluar dari situ sedangkan kediaman itu yang didambakan isterinya?
Siapa pula Hasnita dan Miera yang muncul tiba-tiba?
“Dah lama saya menjadi penunggu bangunan ini.” – HASNITA
Akan terjawabkah mimpi yang sering mengusik lena Akashah?