About this product
Berat Badan300g
Jenis Kelengkapan SukanCorset
Kuantiti setiap Pek1
Jenis WarantiWaranti Pengilang
Rantau AsalMalaysia
Tempoh Waranti1 Bulan
Brandarrouha
Product description
Traditional Bengkung ( Corset )
Bengkung Tradisional Syahbandar
Bengkung Ini direka khas untuk pemakaian bersama busana Melayu, Ianya berukuran lebar 4 Inci dan panjang mengikut jadual saiz yang disertakan. Ia turut dilengkapi dengan kaedah velcro strap pada bahagian depan untuk kesesuaian saiz badan sebelum dikemaskan dengan tali pinggang yang tersedia pada bengkung.
Tali pinggang yang berkonsepkan " Double Belts" bersaiz 1 Inci setiap satu bertujuan untuk pemakaian yang lebih stabil dan kemas. Kepala tali pinggang ( Belt Buckle ) yang berwarna perak (silver) pula menonjolkan keunikan gabungan tona warna pada bengkung.
Bentuk corak di kiri dan kanan juga menyerlahkan keunikan seni Melayu Asli ketika berbusana.
Corak pada bahagian belakang pula direka khas berkonsepkan ukiran Melayu.
Warna yang diketengahkan adalah Hitam ( Ebony Black ) dan Coklat Gelap ( Mocha Brown ).
Carta Ukuran Saiz disediakan juga sebagai panduan pemilihan saiz yang bersesuaian.
Anda boleh semak segera gambar2 yang kami persembahkan untuk membuat pilihan warna dan membayangkan anda menggayakan bersama busana anda.
Dengan pemakaian bengkung ini anda pasti tampak asli kePahlawanan, Kegagahan dan Kemegahan bersama alatan senjata/busur kesayangan anda dan juga pasti dapat menyerikan diri anda semasa di dalam majlis yang anda sertai. Pastinya Teruna dan Dara tidak terlepas melirik mata ke arah anda :).
Semoga dengan berbusana lengkap ini dapat menjiwai semangat Kepahlawanan Melayu Ayah Aki Mat Kilau dan Pendekar Awang. Al-Fatihah.
Oh ya, Bengkung ini bukan hanya sekadar untuk digayakan tetapi ianya juga sesuai untuk membantu mereka yang mempunyai masalah "Sakit Tulang Belakang".
Kami mengharapkan rekaan dan keunikan pada bengkung ini dapat memenuhi citarasa anda.
Segala pertanyaan terus berhubung dengan kami.
#jualpanahtradisionalmurah
#kedaijualpanahdimalaysia