Kad Jom Hafal Surah Al-Fatihah merupakan kad yang mengandungi bacaan surah Al-Fatihah. Penghasilan kad surah Al-Fatihah memudahkan kanak-kanak untuk menghafal surah Al-Fatihah di mana sahaja kita berada kerana saiznya kecil boleh membawa kemana-mana dengan menyimpannya di dalam poket atau bag. Seperti yang diketahui, surah Al-Fatihah sangat penting untuk dihafal kerana ianya merupakan salah satu rukun di dalam solat. Jika tidak membaca surah Al-Fatihah, maka solat kita akan terbatal. Jadi, dengan kad ini serba sedikit dapat membantu kanak-kanak memudahkan untuk menghafal surah Al-Fatihah. Pada kad ini juga mempunyai sedikit info berkaitan dengan surah Al-Fatihah. Pada bacaan doa surah Al-Fatihah juga disediakan terjemahan bahasa Arab- bahasa Melayu. Pada kad ini juga ada tertera hukum membacanya di dalam solat.