Terbaik cip 👍 semua warna jadi , warna baru mmang killer dekat 5 kali lucut
More
January 21, 2025
m**8
Item: G2 Pearl White, 1g 5.7cm
Nice
December 16, 2024
M**d Q**h N**l
Item: G2 Pearl White, 1g 5.7cm
Tak tau lah dh brpa kali beli geli2 dri kanicen nix nii , padu sangat geli2 ni . Kita beli warna yg lain pulak . Terbaik kanicen nix 🫡🫡🫡🫡🫡
More
December 12, 2024
z**l
Item: G1 Orange, 1g 5.7cm
Penghantaran sgt pantas, terima kasih siap ada gift keychain dan sticker.Tunggu cuti baru nak test
September 27, 2023
D**y S**p
Item: G5 Black Gold Rush, 1g 5.7cm
Semua barang baik and thank you freegift🫶🏻🫶🏻🫶🏻🫶🏻🫶🏻
September 21, 2023
About this shop
Kanicen Nix
93%
Ships within 2 days
100%
Responds within 24 hours
About this product
Brandkanicen nix
Product description
Grenti Strike Geli Geli umpan original keluaran Kanicen Nix adalah produk brand tempatan yang paling laris dipasaran dan telah menjadi salah satu produk yang paling efektif.
"Geli Geli" yang telah didaftarkan dengan nombor Trademark TM2020015710 adalah umpan original Kanicen Nix, tidak ada brand lain atau keluaran lain menggunakan nama trademark kami. Jadi pastikan beli umpan Geli Geli dari penjual yang sah.
Geli Geli - Soft bait berjenis umpan berbentuk worms produk yang cukup efektif hamper semua jenis ikan seperti Siakap, Haruan, Sebarau, Kelah, Peacock Bass, Bulan, Kerapu, Jenahak, Merah dan pelbagai lagi jenis spesis ikan yang lain.
Warna Luminous: Orange, Pearl White, Pink, Yellow Fluorescent, Blue Elite (New) - Boleh pakai waktu malam.
Warna UV: Hitam Gold Rush, Black - Sesuai pakai waktu panas, air keruh
Cara penggunaan yang asas ialah menggunakan jighead Pari 2.0g atau boleh juga digunakan dengan Mushroom Wormhook seberat 1.5g. Kedua-duanya ialah keluaran Kanicen Nix.
Teknik karauan yang sangat mudah:
1. Cast, karau sambil jerk.
2. Cast dan karau.
Karauan boleh jadi laju atau slow bergantung pada lokasi dan target ikan. Tip rod boleh kearah air, ke sisi atau ke atas untuk ikan yang sesuai. Setiap ikan walaupun sama jenis ada corak karauan dan kelajuan yang boleh membuatkan ia menyerang. Pelbagaikan kaedah dan ubah sehingga dapat Teknik yang betul.
Cara lain untuk menggunakan umpan Geli Geli ialah drop shot, Carolina rig, wacky, Jika rig, sangkut sebagai flashes pada jigs, apollo, dan macam-macam kaedah lain yang boleh difikirkan. Jangan limitkan Teknik anda.