THERMAFREEZE Ice Gel: 12 dehydrated cells per sheetNon-Toxic, BPA Free, Eco-Friendly, FDA Approved, Flexible, Lightweight and Reusable
Dibekalkan dalam keadaan gel ternyahhidrat. Sebelum digunakan, rendam di dalam air untuk menghidratkan semula gel.
Tahan lebih lama berbanding ais biasa.
Cara Penggunaan:
1. HIDRAT
Rendam gel di dalam air selama lebih kurang 10-15 minit sehingga kembang. Boleh juga kocak-kocakkan air dan picit-picit cell dengan gerakan tangan yang lembut...jangan kasar!
2. BEKU
Bila sudah kembang (rujuk gambar), keluarkan dari air, dan lap sehingga kering. Masukkan dalam peti beku selama 8-12 jam sebelum digunakan.
Tips: Jangan susun gel secara bertingkat, nanti ia akan melekat dan lambat keras.
Letak gel di bahagian peti beku yang paling sejuk (bergantung pada jenis peti anda).
3. GUNA
Sebelum digunakan, masukkan gel ke dalam beg plastik/ziplock bag untuk melindunginya daripada kotor atau rosak akibat terkena benda tajam.Pelbagai kegunaan: menyejukkan makanan, minuman, susu ibu ketika dalam perjalanan; juga untuk sukan dan rekreasi (balut gel dengan kain sebelum digunakan). UNTUK KEGUNAAN LUAR SAHAJA.
Saiz setiap cell (ketika ternyahhidrat): 7cm x 7cm
Berat setiap cell (ketika ternyahhidrat): lebih kurang 2.05g
Berat setiap cell (ketika kembang): lebih kurang 90g