•Pearl Essence merupakan produk penjagaan wajah yang bertekstur sederhana likat dan sesuai digunakan bagi semua jenis kulit. Namun, bagi kulit sensitif dan berjerawat dinasihatkan menyapu tipis terlebih dahulu utk melihat keserasian produk pada kulit.
•Dirumus dengan serbuk mutiara dan alpha arbutin yang membantu mencerah, menyeri, menganjal & melembutkan kulit wajah.
•Ekstrak Mutiara mengandungi Amino Asid yang membantu merangsang sel-sel kulit untuk menghasilkan kolagen, mempromosikan pembalkan sel dan penghidratan, dan melindungi kulit daripada pencemaran dan elemen luar.
•Alpha Arbutin berfungsi menghalang produksi enzim tirosinase sehingga tidak terjadi hiperpigmentasi seperti melasma, lentigo dan melanosis.
•Diformulasi bersama ekstrak Aloe Vera (Aloe Barbadensis Leaf Juice) yang akan bantu melembap dan menyegarkan kulit.
•Aloe Barbadensis boleh membantu menenangkan kulit dan bertindak sebagai agen anti-radang. la telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyembuhan luka bakar, luka dan parut.
•Diperkaya dengan Sodium Hyaluronate yang mengekalkan kelembapan kulit untukkulit kekal lembut dan anjal.
•Molekul yang terdapat dalam Sodium Hyaluronate juga berfungsi untuk menghalang kedutan dan rekahan kerana kulit mendapat lembapan yang cukup. la kaya dengan nutrien yang akan memaksimumkan manfaat bahan-bahan lain produk.
•Kandungan Citric Acid yang terdapat di dalam Pearl Essence ini membantu mencerahkan, melembutkan dan melicinkan kulit di samping menanggalkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada liang pori wajah. Citric Acid ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan jenis kulit.
•Citric Acid juga penting dalam membantu mengekalkan tahap pH pada wajah serta membantu melambatkan proses kemunculan garis halus dan kedutan.
•Formulasinya yang sangat ringan pantas menyerap pada kulit untuk bantu menyekatakan tona wajah, memudarkan pigmentasi, memperbaiki tekstur kulit dan bantu mengecilkan liang pori pada wajah untuk kulit yang lebih sihat dan awet muda.