Tabung duit syiling ini hadir dengan pelbagai warna menarik seperti biru, merah, hijau, hitam, Petronas dan pink. Ia sangat sesuai untuk menyimpan duit syiling dan duit seringgit sahaja.
Warna yang Menarik
Dengan warna-warna yang menarik seperti emas, hitam, hijau, pink dan lain-lain lagi membuat tabung ini kelihatan lebih menarik untuk disimpan di rumah anda.
Sesuai untuk Duit Syiling dan Seringgit Sahaja
Pastikan anda hanya menyimpan duit syiling atau seringgit sahaja dalam tabung ini. Jika ingin menyimpan wang kertas seperti RM10,RM20,RM50 atau RM100 disyorkan untuk memasukkan dalam plastik aiskrim Malaysia terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam tabung supaya wang sentiasa berada dalam keadaan baik.
Jaminan Kualiti Tabung Berkualiti Tinggi
Kami memastikan bahawa kualiti produk kami adalah berkualiti tinggi supaya ia boleh digunakan pada jangka masa yang lama tanpa mengalami sebarang masalah.