TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/1
price skeleton

[ADM]TUHAN, AKU INGIN BANGKIT DAN SEMBUH

Sold by Syarikat Adam

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Jun 25 - Jun 27
Syarikat Adam
2,762 items
Shop performance
Better than 94% of other shops
Ships within 2 days
85%
Responds within 24 hours
99%

Product description

Dalam hidup yang penuh liku, ada masanya kita terduduk lemah dan terperangkap dalam emosi yang menggores hati. Kehilangan, kesakitan atau luka masa lampau menjadi bayangan ngeri yang terus menghambat diri. Dalam sunyi malam, hanya air mata menjadi saksi kegelisahan hati.
“Kenapa hidupku terasa berat?”
“Sampai bila aku harus tenggelam dalam kesedihan ini?”
“Tuhan, aku ingin bangkit dan sembuh. Tapi bagaimana caranya?”
Buku ini hadir untuk memeluk jiwa anda yang terluka, menemani langkah anda menelusuri lorong kesedihan dengan sinar harapan dan kasih sayang Tuhan. Anda akan menemukan makna di sebalik air mata, membawa hati yang lelah kembali berbisik kepada Yang Maha Mendengar, serta melangkah dengan solusi berpandukan Kalam-Nya.
Penulis ingin mengajak anda melihat kesedihan bukan sebagai beban yang melemahkan, tetapi sebagai ruang untuk bertumbuh dan menemukan kekuatan. Ujian ialah peluang mengenal diri dan melakar cerita baharu yang lebih indah.
Semoga kembara ini membawa anda daripada luka yang memedihkan kepada ketenangan yang membahagiakan jiwa. Sungguh, bahagia bukan bermakna bebas daripada ujian, tetapi hati yang damai bersama-sama Tuhan.

People also searched for

Open TikTok