Kenalkan, pakaian sukan terbaru kami -
'tracksuit zip di kaki'. Diperkenalkan dengan rekaan yang modern, tracksuit Academy ini mempunyai potongan yang ramping untuk menyerlahkan lagi bentuk badan anda.
Tracksuit Academy ini direka dengan zip di bahagian poket kiri dan kanannya untuk menyimpan barang keperluan ketika bersukan atau beriadah. Selain itu, terdapat juga zip pada bahagian sisi kaki kiri dan kanannya bagi memudahkan anda menarik kedudukan tracksuit semasa bersukan atau beriadah.
Tracksuit Academy diperbuat daripada polyester yoga tahan lasak dan tidak panas; sangat sesuai digunakan ketika melakukan
aktiviti sukan ataupun rekreasi. Kain tracksuti cepat kering membolehkan anda merasa selesa.
Tidak perlu risau tentang kebarangkalian pengelupasan warna pada pakaian sukan ini kerana ia telah melalui pelbagai ujian dalam pengeluarannya bagi menjamin mutu produk yg berkualiti tinggi