•Bolehkah kanak-kanak dan bayi guna Jolicare? Semua produk Jolicare diformulasikan khas untuk individu berumur 6 tahun ke atas. - Untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, kami syorkan sapuan nipis dengan berhati-hati kerana sensasi penyejukan. - Untuk bayi bawah 2 tahun, kami syorkan rujuk doktor dengan senarai penuh bahan sebelum guna untuk pastikan kesesuaian dengan keperluan si kecil anda. Seperti biasa, kami galakkan ibu bapa pantau dengan teliti apabila memperkenalkan produk penjagaan kulit baharu kepada anak kecil.
•Bolehkah wanita mengandung atau menyusu guna Jolicare? Oleh kerana setiap kehamilan dan penyusuan adalah unik, kami syorkan rujuk doktor sebelum menggunakan sebarang produk penjagaan kulit baharu untuk pastikan ia sesuai dengan keperluan kesihatan anda. Anda boleh kongsikan senarai penuh bahan yang dilampirkan di atas dengan doktor anda. Jika doktor memberikan kebenaran, anda boleh sapu lapisan nipis, elakkan kawasan sensitif seperti perut, bahagian sulit dan payudara.
•Bolehkah guna di muka? Ya, Jolicare selamat digunakan di muka. Oleh kerana ia asalnya direka untuk kegunaan badan, kami syorkan sapuan nipis hanya di kawasan tertentu kerana sensasi penyejukan. (bukan sebagai pelembap seluruh muka). Nota: Untuk kawasan sekitar mata dan bibir, sapu dengan berhati-hati dan elakkan sentuhan langsung. Anda juga boleh sapu sebelum tidur untuk keselesaan tambahan. Tip penggunaan kali pertama: Lakukan ujian kesesuaian dengan sapu sedikit di belakang telinga, tunggu 10 minit dan perhatikan. Jika tiada iritasi, anda boleh teruskan guna di kawasan muka yang dikehendaki.